Search

BERITA: PSSSTTTT….Omar & Hana Bekerjasama Dengan Jenama Terkemuka Ramadan Ini

Updated: May 30, 2018



Assalamualaikum mommies!


Ramadan dah dekat sangat. Tak sampai sebulan lagi kita akan berpuasa. Cepat kan masa berlalu?


Tahun ni, Omar dan Hana berazam untuk berpuasa penuh. Seronoknya! Mama kena fikirkan bagaimana nak menggalakkan mereka untuk berpuasa penuh ni.


Dulu saya ingat, masa saya cuba puasa masa kecil dulu, bukan main susah rasanya! Mata rasa berat sangat bila bangun pagi untuk bersahur. Bila tengah hari je dah lapar. Sebelum buka puasa memang dah lemau.


Mesti Omar dan Hana pun akan lalui benda dan perasaan yang sama.


(Nak baca tak artikel bagaimana mak ayah boleh galakkan anak-anak bepuasa bulan Ramadan ni? Baca artikel ini).


Sempena bulan Ramadan ni, kami ada berita baik nak berkongsi dengan anda semua! Tak lama lagi Omar & Hana akan melancarkan barangan terbaru bersama jenama-jenama popular di Malaysia!


MAJLIS PELANCARAN BARANGAN OMAR & HANA



Minggu ni, kami akan mengadakan Majlis Pelancaran Barangan Omar & Hana pada 26 April di Alamanda Putrajaya!


Nak tahu kami akan kolaborasi dengan syarikat apa? Mama kasi teaser sikit.





Kalau anda rajin mengikuti perkembangan kami di Facebook dan Instagram, anda akan perasan bahawa kami baru sahaja umumkan bahawa kami akan berkerjasama dengan jenama-jenama berikut:


Siti Khadijah

Pearl Sports

Karangkraf

Ana Edar

Inteam Records

My Baby Can Read.




Tapi bukan itu sahaja!


Kami juga akan bekerjasama dengan Toyworld dan juga seorang artis tanah air popular! Nak tahu siapa? Haaa, tunggu hari Khamis ni ya!


Saya tak boleh share semua butiran, nanti tak surprise la. Tunngu majlis perasmian hari Khamis ni!


Jemputlah datang ke Fiesta Omar & Hana bermula dari hari Khamis sehingga hari Ahad. Ada banyak aktiviti yang menarik menanti ibu bapa dan anak-anak!


Jumpa di sana!


Love,

Mama


#fiestaomardanhana #omarhana #naelofarhijabomarhana #sitikhadijahomardanhana #pearlsports #bajukanakkanakmuslimah #bajurenangkanakkanak #inteamrecords #mybabycanread

157 views

Cyberjaya. Malaysia

©2020 Measat Broadcast Network Systems and Digital Durian