Search

7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak-Anak

Updated: Oct 14, 2019



Mesti ramai daripada kita inginkan anak-anak kita makan makanan yang berkhasiat, tapi pening memikirkan bagaimana nak memperkenalkan cara pemakanan yang sihat.


Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa mengalami masalah mendedahkan cara pemakanan yang sihat kepada anak - anak.


Berdasarkan laporan “Tackling Obesity in ASEAN” yang telah dibentangkan di “The Asia Roundtable on Food Innovation for Improved Nutrition”, hanya 14% daripada rakyat Malaysia yang selalu bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Terkejut tak?


Jadual harian anak-anak yang semakin sibuk, penuh dengan tusyen, kelas tambahan, dan kecenderungan bermain video game menyebabkan ramai daripada mereka kurang bermain atau melakukan aktiviti fizikal.


Anak-anak zaman sekarang tak carefree macam kita dulu. Mereka ada lebih banyak kelas dan homework. Jadi, mereka perlu makan makanan yang berkhasiat untuk mengelakkan penyakit.


Mengamalkan gaya hidup sihat tidaklah begitu susah, tetapi ibu bapa sendiri perlu cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk melakukan aktiviti di luar bersama keluarga dan mengamalkan pemakanan sihat di rumah.


Mereka akan lebih suka untuk memilih makanan yang sihat tanpa dipaksa jika mereka sudah terbiasa dan sudah terdedah kepada budaya hidup sihat sejak kecil lagi.


Nak tahu bagaimana kita boleh memperkenalkan gaya hidup sihat kepada si kecil?


1. ELAKKAN MENYIMPAN JUNK FOOD DI RUMAH


Siapa tidak gemar memakan junk food, dan processed food seperti chips, hot dog, kek dan manis-manisan yang lain?


Kebanyakan orang mesti suka makan makanan ini tapi kalau kita betul-betul ingin mengamalkan gaya sihat di rumah, adalah dinasihatkan supaya tidak menyimpan junk food dan processed food di rumah kerana mereka begitu senang dipengaruhi oleh ibu bapa.


Apa yang ibu pegang, si kecil nak. Apa yang ayah makan, si kecil ingin merasa. Mereka ingin mengikut setiap langkah ibu dan ayahnya.


Jadi, kalau kita sendiri selalu makan sayuran dan buah-buahan dan memberikan kepada anak sejak dari kecil, mereka akan terbiasa tidak perlu dipaksa.


2. AJAK ANAK TOLONG MASAK


Ada anak yang sangat memilih tentang makanan? Susah nak makan di rumah tapi senang makan di sekolah atau tadika?


Cubalah ajak mereka masak di rumah lebih kerap. Kalau mereka masih terlalu kecil, berilah tugas yang sesuai dengan umur mereka. Mereka mungkin tak perlu potong bawang atau goreng ikan. Si kecil mungkin boleh cuci buah dan sayur-sayuran dahulu.


Selain itu, kita juga boleh ajak mereka membuat “projek memasak” yang mereka pasti akan suka seperti membuat kek, menguli roti dan sebagainya.


Bau makanan yang sedang dimasak juga akan menarik minat si kecil untuk mencuba makan sesuatu yang baharu.


3. DIDIK MEREKA TENTANG NUTRIEN DAN PEMAKANAN YANG SIHAT


Ibu bapa haruslah didik anak-anak tentang nutrien makanan dan cara pemakanan yang sihat.

Mereka tidak perlu tahu berapa ratus kalori yang terkandung dalam setiap makanan tapi mereka perlu tahu makanan apa yang berkhasiat dan mana yang tidak. Ibu bapa juga boleh didik mereka dengan menerangkan kepentingan menjaga pemakanan dan impaknya ke atas tumbesaran mereka.


Sebagai contoh, “Kalau Ahmad tak makan sayur dan buah, nanti Ahmad senang sembelit.”


Atau


“Kalau Maya makan banyak sangat gula-gula, nanti bila tua organ dan badan Maya akan rosak.”


Kita boleh terangkan kepada mereka dengan cara yang lebih mudah supaya mereka betul-betul boleh faham kepentingan pemakanan yang sihat.


Lagi satu cara yang boleh membuatkan mereka faham adalah dengan cara mengaitkan kesan pemakanan sihat dengan kartun kegemaran mereka.


Contohnya, mungkin zaman kita semua, kita teringat kartun Popey yang sentiasa memakan sayur bayam dalam tin untuk menjadi super hero. Apa yang menarik adalah terdapat kajian oleh Prof Sirikulchayanonta dari Bangkok yang menunjukkan kanak-kanak yang menanam sayur bayam dan menonton kartun Popey telah memakan lebih banyak sayur bayam.


Jadi, ibu bapa boleh lah cuba didik anak-anak tentang pemakanan sihat dengan cara ini :)


4. GALAKKAN MINUM AIR KOSONG


Kebanyakan budak-budak suka minum air manis. Tidak salah kalau mereka minum air manis, tapi ibu bapa mestilah galakkan mereka minum lebih banyak air kosong.


Minuman dan makanan manis ini bukan sahaja tidak elok kerana boleh menyebabkan diabetes, tapi ia juga tidak akan membuatkan mereka kenyang.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pemakanan yang seimbang, sila rujuk kepada Persatuan Pemakanan Malaysia.


Bagaimana caranya untuk menggalakkan mereka minum air kosong?


Mungkin kita boleh beli botol air atau cawan yang menarik untuk mereka.


Selain itu, ibu bapa pun boleh potong limau, strawberry ataupun letakkan daun pudina ke dalam air dan sejukkan air itu untuk menarik perhatian mereka.


5. BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNEK


Mungkin kita sendiri kurang gemar memakan buah-buahan dan lebih suka memakan kerepek atau makanan ringan. Siapa tak suka, kan? Tapi demi anak kesayangan, kita perlu ubah diri kita dahulu sebelum kita nak ubah mereka.


Contohnya, apabila mereka sedang menonton televisyen, kita boleh hidangkan buah-buahan sebagai snek.


Kalau mereka benar-benar tak suka buah-buahan, mungkin kita boleh hidangkan buah dalam bekas yang menarik. Kadang-kadang, mereka tidak terbiasa memakan buah.


Jadi, kalau ibu bapa sering hidangkan buah-buahan setiap hari, mereka akan terbiasa dan ingin memakan buah tanpa dipaksa, insyaAllah.


6. JANGAN KOMEN TENTANG BERAT BADAN ATAU KUANTITI MAKANAN


“Cukuplah, makan tu. Nanti gemuk.”


“Banyaknya makan!”


Ibu bapa harus ingat bahawa ada cara lembut untuk mengajak anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat.


Kita tidak perlu komen tentang berat badan atau kuantiti makanan mereka kerana ia mungkin membuatkan mereka rasa “self-conscious” akan imej badannya. Komen yang negatif juga boleh menyebabkan keyakinan mereka merudum. Sebaliknya, kita haruslah tekankan kepentingan menjaga kesihatan terlebih dahulu.


Apabila mereka memakan makanan sihat, puji mereka dan galakkan mereka untuk teruskan usaha tersebut. Kaedah “positive reinforcement” ini adalah salah satu cara untuk menggalakkan tingkah laku yang baik.


7. JANGAN STRESS


Kadang-kadang nak suruh si manja makan makanan yang berkhasiat ni cukup mencabar. Di sekolah boleh makan, kenapa di rumah tak boleh pula? Mesti ramai ibu bapa pening kepala nak suruh anak-anak makan makanan yang berkhasiat, kan?


Jangan risau, ini perkara biasa.


Ibu dan ayah di rumah boleh lah jadi lebih kreatif apabila merancang bekal anak-anak. Jangan terlalu strict dengan peraturan pemakanan, takut nanti mereka curi-curi makan di sekolah pula. Kita taknak lah anak kita jadi “closet eater” kan?




Sumber: Jakim


Mengamalkan pemakanan sihat adalah budaya yang harus dipupuk di rumah sejak kecil lagi. Jangan lupa, penjagaan kesihatan ini juga merupakan ibadah kerana dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menjalankan tugas seharian kita dengan baik <3 <3


Ibu bapa bolehlah cuba tips-tips ini di rumah! Kalau hari ini mereka tak nak makan makanan sihat, boleh cuba lagi esok. Ingat, “Rome was never built in a day” :)


#tippemakanansihat #ideamakananberkhasiat #pemakanansihat #pemakananuntukanakanak #cleaneating #healthyfoodforkids #islamicparenting #positivereinforcement #malaysiankids #kanakkanakmalaysia #pemakanandimalaysia

110 views

Cyberjaya. Malaysia

©2020 Measat Broadcast Network Systems and Digital Durian