Search

4 Tema Lagu "Sayangi Anak Yatim" Omar & Hana

Updated: Oct 14, 2019



"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya." Petikan Surah Duha : ayat 9.

Lagu ini mempunyai empat tema iaitu:


1. ADAB TERHADAP ANAK YATIM


Lagu ini menekankan pentingnya adab seseorang terhadap anak yatim dari pelbagai perspektif seperti dari perspektif rakan-rakan Sufi dan juga orang dewasa. Sebagaimana kita pelihara hal ehwal anak kita sendiri, begitulah cara kita memelihara kebajikan anak yatim.


2. EMPATI


Selain itu, lagu ini mengingatkan kita semua, baik yang muda mahupun yang tua bahawa kita perlu sentiasa prihatin terhadap keperluan anak yatim dari segi emosi, rohani dan fizikal.


Dalam video ini, Hana dan Omar telah memujuk Sufi supaya tidak bersedih kerana walaupun Sufi adalah anak yatim piatu, tetapi dia masih mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang menyayanginya.


3. BERSYUKUR


Dari perspektif Sufi pula, mesej yang ingin disampaikan adalah rasa bersyukur. Alhamdulillah, Sufi dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya, yang menyayanginya seperti anak sendiri.


Lagu ini juga menyarankan kita supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki kehidupan setelah mengharungi cabaran hidup.


4. KEPENTINGAN DOA ANAK UNTUK IBU BAPA


Akhir sekali, Sufi menghadiahkan doa kepada ibu bapanya. Ini adalah untuk mengingatkan kita semua untuk sentiasa berdoa untuk ibu bapa.


Apa komen anda tentang lagu “Sayangi Anak Yatim” ? Share dengan kami!


***********


FOUR MAJOR THEMES OF THE "SAYANGI ANAK YATIM" SONG


"So as for the orphan, do not oppress (him)." Surah Duha, 9

This song has four major themes:


1. ADAB TOWARDS ORPHANS


This song emphasizes our adab towards orphans from different angles including from the angle of children and adults. It’s important to take care of the welfare of orphans like how we take care of our own children.


2. EMPATHY


Our inspiration behind the song “Sayangi Anak Yatim” was not to frown upon orphans but we wanted to instill empathy in children.


In this short video, you can see that Omar and Hana consoled Sufi as he was sad that he had lost his parents and missed them dearly. They reminded him that he still has family and friends who love him.


We should always encourage our children to be empathetic towards others and be kind to them and take care of their emotional, physical and spiritual wellbeing.

3. THE IMPORTANCE OF BEING GRATEFUL


Essentially, the message that is sent across is a reminder to be patient when facing hardships and obstacles in life. It is also important to focus on other blessings that we still have.


In Sufi’s case, he was comforted by the fact that he still has an uncle and aunty who take care of him and love him as though he is their own son.


4. THE POWER OF DOA


The video also emphasizes the importance of making doa, especially for parents. This is a gentle but powerful reminder not just for kids but for parents that at all times especially in times of hardship, we should always make doa to Allah SWT as He is the only One who can answer our prayer.


What are your thoughts on this video? Please share with us your thoughts!


#sayangianakyatim #omardanhana #omarhana

182 views

Cyberjaya. Malaysia

©2020 Measat Broadcast Network Systems and Digital Durian